Home » » Memperoleh Keselamatan di Dunia dan di Akhirat

Memperoleh Keselamatan di Dunia dan di Akhirat

Sahabat yang dirahmati Allah :

Doa Rasulullah S.A.W. :

“Rabbana atinaa fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar”

Maksudnya : Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab api Neraka”
(Hadis Riwayat Bukhari.)

Doa ini sering kita baca selepas solat sebagai tanda kerendahan hati kita kepada Allah S.W.T., memohon dan merayu kepada Allah S.W.T. semoga dikurniakan kita kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di hari akhirat, seterusnya diberi perlindungan atau di selamatkan oleh-Nya daripada seksaan api neraka.

Kita telah membicarakan ciri-ciri kebaikan di dunia ada 14 perkara iaitu :
1. Mendapat taufik dan hidayah Allah SWT
2. Diberi kefahaman dalam agama
3. Dapat berbuat amalan soleh
4. Mendapat ilmu yang bermanfaat
5. Mendapat isteri yang solehah
6. Mendapat zuriat penyejuk hati
7. Mendapat sahabat-sahabat yang soleh.
8. Kesihatan, kesejahteraan dan kelapangan
9. Panjang umur di dalam ketaatan
10. Mendapat rezeki yang halal
11. Beroleh keimanan dan ketakwaan
12. Banyak mengingati Allah SWT
13. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah
14. Mati di dalam kebaikan (Husnul Khatimah)

Apakah pula kebaikan di hari akhirat yang kita mohon daripada Allah S.W.T. supaya kita memperolehinya?

Terdapat 8 perkara kebaikan di hari akhirat yang mana kita sangat mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. supaya Dia mengkurniakannya kepada kita semua kebaikan dan keselamatan.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Keselamatan daripada seksa dan azab kubur.
2. Keselamatan ketika hari kiamat dibangkitkan daripada kubur.
3. Mendapat perlindungan Arasy ketika di panggil untuk berhimpun di Padang Mahsyar.
4. Di beri buku catatan di tangan kanan.
5. Di beri minum air daripada telaga kausar.
6. Di beri syafaat oleh Rasulullah S.A.W.
7. Meniti Siratul Mustaqim secepat kilat.
8. Di benarkan memasuki syurga Allah S.W.T.

Abu-Laits berkata : “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (melaksanakan) empat perkara dan meninggalkan empat perkara iaitu:
  1. Menjaga sembahyang lima waktu
  2. Banyak bersedekah
  3. Banyak membaca al-Quran
  4. Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah :
  1. Berbohong
  2. Khianat
  3. 3Adu-domba
  4. Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing. (Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.)”
Demikian beberapa cara untuk menyelamatkan diri dari azab kubur. Semoga Allah SWT merahmati dan memelihara kita semua daripada menerima azab dalam destinasi hidup kita berikutnya yang pasti kita hadapi.

Sahabat yang di kasihi...
Marilah sama-sama kita sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. untuk mendapat kebaikan di hari akhirat iaitu meragkumi lapan perkara penting seperti dihuraikan di atas. Semoga kita mendapat kejayaan yang paling tinggi dan utama iaitu memasuki syurga Allah S.W.T. Mohonlah kepada Allah S.W.T. Supaya kita dapat memasuki syurga tanpa hisab, jika di hisab sekali pun biarlah dengan hisab yang mudah dan meniti siratul mustaqim pantas seperti kilat. Amin.
Share this article :

0 komentar:

Posting Komentar

Legenda

BIOGRAFI PARA ULAMA

Santri KH. Ahmad Basyir
....................................................................................................
Santri KH. Abdul Karim
....................................................................................................
Santri KH. Mahrus Aly
....................................................................................................
Santri KH. Kholil Bangkalan
....................................................................................................
Santri KH. Mbah Yasin (Mbah Sukandar)
....................................................................................................

CERITA RAKYAT

Cerita Rakyat Roro Jonggrang Cerita Rakyat Roro Jonggrang
....................................................................................................
Cerita Rakyat Batu Gantung Cerita Rakyat Batu Gantung
....................................................................................................
Cindelaras Cerita Rakyat Cindelaras
....................................................................................................
Ikan Patin Cerita Rakyat Ikan Patin
....................................................................................................
Ikan Duyung Cerita Rakyat Ikan Duyung
....................................................................................................


 
Support : Kuasa Illahi | Juornal Wanita | Sang Kiai
Copyright © 2013. DUNIA PESANTREN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modified by Dunia Santri
Proudly powered by Santri